Permohonan Bantuan Awal kemasukkan Ke IPT (BAKIPT) tahun 2023

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) TAHUN 2023*

Syarat Permohonan:

1. Pemohon *LAHIR* di Negeri Kedah dan *BERMASTAUTIN* serta *MENETAP* di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)

2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut :

i ) *RM3,000.00 DAN KE BAWAH* – tiada syarat bilangan anak.

ii) *RM3,001-RM6,000*

– Lebih daripada 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja.

3. Permohonan dibuka bagi peringkat *DIPLOMA* atau *IJAZAH SARJANA MUDA* secara *SEPENUH MASA* bagi *SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023* sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

4. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke *IPT DALAM NEGARA* atau *LUAR NEGARA.* (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency)

5. Pemohon hendaklah membuat *BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN* atau mengemukakan *SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK IPT.*

6. Permohonan hanya diberikan *SEKALI SAHAJA* sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

7. Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION/SARJANA/PhD/Pasca-Siswazah/Separuh Masa/Luar Kampus/Program Persediaan Perguruan/Institusi Perguruan/Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan/Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia *TIDAK LAYAK* memohon.

Kadar Bantuan:

*RM300.00*

Kaedah Permohonan:

Secara dalam talian melalui pautan https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

*Tarikh Permohonan 😘

(Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 – Jun 2023)

🗓️ *15 Februari 2023 – 30 Jun 2023*

Info Lanjut:

📞Hotline : 04-7027272 / 04 -7027297

📧E-mel : sppnk@kedah.gov.my

📍Unit Penajaan (BAKIPT)

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah

Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman

05503 Alor Setar Kedah

Peringatan:

Setiap pemohonan hendaklah dibuat secara *DALAM TALIAN* sahaja.

Terima kasih.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *